Alhamdulillah ☺

Ya Allah, 
Aku bersyukur dengan apa yang telah kau berikan pada aku saat ini.
Pernantian, doa, serta harapan aku kau sudah makbulkan.
Aku rasa bagaikan hidup dalam alam fantasi, di mana hari ini
Wujud kembali kasih sayang kami, persahabatan kami, kau satukan semula.

 Terima kasih.
Aku masih sentiasa meminta pada engkau untuk jaga persahabtan ini.
Kuatkan kasih sayang antara kami, lindungi antara satu sama lain.
Tidak mahu lagi berbalahan, kerana aku belajar dari kesalahan lama.
Aku rasa peritnya kehilangan orang yang betul kita sayang kerana Allah.

Aku meminta,
Untuk tidak terus terjerumus dalam rasa bahagia, kerana dalam kebahagiaan akan ada pendirataan sebagai ujian.
Ingatkan aku, yang kasih manusia ini tiada penghujungnya melaikan kasihnya 'Engkau'
sentiasa menemani.

Beruntung,
Kerana aku diberi lagi peluang untuk rasa kasih sayang seorang akak & kawan yang aku sayang ikhlas dari hati. Moga rasa ini terus tertanam, sampai bila-bila.
Terima kasih kepada kau, bagi aku peluang untuk merasa ada kasih sayang seorang akak.
Perasaan waktu hilang kau, Allah sahaja yang tahu. 
Serta perasaan bila Allah dah lembutkan hati kau, untuk aku rasa wujud kembali.
Aku akan jaga persahabatan ini, rumit mana sekalipun keadaan kau.
Aku cuba bantu 😏

Kepada,
Yang sentiasa buat aku hidup, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan percaya setiap dugaan akan ada manisnya di pengakhiran. Jangan letakkan manusia sebagai benda utama untuk aku rasa hidup didalam ujian, tetapi Allah yang sentiasa ada untuk aku.

Terima Kasih Kak**i 
🔚

-kechik-



KEHILANGAN

Orang tanya, sakit apa yang palng sakit.
Pertma aku jawab sakit gigi.
Keduanya, sakit kepala sebab migrain.
Itu betul tapi sakit jenis itu, semua orang sudah lali.

Bagi aku, sakit paling terpaling bengkak, ialah kehilangan.
Melihat orang yang kau sayang dari jauh, itu sakit.
Melihat orang yang kau paling sayang tapi kau tahu dia bukan lagi milik kau.
itu paling sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tak mampu tegurnya lagi,
itu maha sakit.

Melupakan segala kenangan manis bersama itu bukan mudah.
Kerana hati itu jenisnya mengingat.
Sekali manusia usik hati kau dan buat dia tersenyum,
dia akan ingat mungkin buat selamanya.
Kerana itu agama suruh jaga hati.
Kerana semuanya bermula dari hati.

Jujurnya, 
bukan mudah tahan tangan untuk capai telefon dan tanya khabar seperti biasa.
Bukan mudah, tahan fikiran kau ingat manusia yang buat kau
sering tersenyum.
Bukan mudah, tahan tangan kau untuk capai mouse lihat perkembangan dia.
Bukan mudah.

Tipulah kalau kau tak rindu.
Tipulah.
Hati kau bukan besi.

Kau mana boleh tipu hati kau.
Bila mana kau nak tipu, hati kau dah tahu.
Menyedihkan sungguh.

Dari manusia yang pernah rasa kehilangan.

-KECHIK-
Ung kit 

Semalam kita bercakaran.
Kau kata kau lebih banyak korban.
Aku kata, tak sedar diri punya manusia,
aku lagi banyak korbannya untuk kau.

Lalu kita yang mentah ini bergaduh.
Hingga langsung tidak mahu bertegur.
Mungkin keduanya ego.
Mungkin juga keduanya tidak tahu berfikir secara betul.

Jika mahu diungkit segala pengorbanan,
tidak tercerita hingga kiamat.
Apa yang kau korbankan, atau dia korbankan,
biarlah itu dijadi kenangan,
Bukan untuk berlumba mana yang lebih,
Bukan juga untuk cerita mana yang kurang,
Tapi untuk dibuat ingatan,
agar kau sentiasa beringat,
ada manusia luar sudi berdiri di sisi,
walaupun kau ini kurangnya berlambak di sana sini.

Ingat tu!!

-KECHIK-