Hai, Dah berapa lama dah blog ni tak dikemaskini. Sekarang dah 2016, hampir berapa tahun tak di post entry dalam ni. Maklum lah sejak akhir ni laptop pon dah jarang pegang. Sibuk dengan kehidupan sekarang. Belajar, kerja and everything. So, hari ni aku offday, teringat pulak nak main blog. Mula dah lupa weyh apa username, apa password, cuba try test, akhirnya dapat juga balik blog nie. Tapi serius ar dah lupa macam mana nak guna. Tak apa, kita refresh balik mind macam mana nak guna benda ala nie :)
Nak cerita pasal apa erk hari ni? Haish, dengar lagu je nie. Tak tahu nak buat apa dah. Sambil-sambil tuw kita fikirkan apa yang nak dikomgsikan. Hemm, fikir fikir fikir. 2016 tinggal lagi dua bulan kan? Haa last year aku dalam belasan tahun weyh! Tahun ni? It's nothing to me. Tak ada benda yang nak dikenangkan yang baik-baik. Biasalah kan, kehidupan, mana ada sepanjnag masa kau nak bahagia, itu baik kau tak hidup dekat bumi ni sebagai seorang hamba. Dugaan itu sebenarnya buatkan diri ini lebih kuat, lebih matang, belajar atas apa yang terjadi. Dugaan ini mematangkan kita sebenarnya. Macam ada orang cakap "Belajar tinggi pon kerja sama juga macam budak SPM" But kau kena tahu, ilmu itu yang membezakan kau dengan dia.
Knowledge. Macam itu juga dengan dugaan yang kau dapat, lain orang lain ujian yang dia terima. Lain juga cara dia ambil sebagai penguat hidup dia. Sampai bila nak rasa down, kan? Sebab dunia ini realiti hidup kau, bukan fantasi. Kau akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia, Setiap tahun silih berganti, dekat mana pon kau pergi, kau akan jumpa manusia baru. Dia akan datang dalam hidup kau, Dia akan ajarkan, dia akan beri sedikit coretan tentang dunia, dan dia akan lukiskan setiap kenangan antara kau dengan dia, lepas itu ada yang akan pergi, ada yang akan terus bersama sepanjang kehidupan kau. Kalau kau hilang dia, kau kena kuat, kena redha. Jangan terlalu jatuh semangat kau untuk hidup. It's to difficult untuk kau lupakan dia, sebab kenangan sentiasa menggangu hidup kau. Tapi, kau kena cuba cuba dan terus cuba. Jangan matikan hidup kau, boleh? *bisik pada hati yang sedang bersedih.
Jika kau mahukan dia juga? Usah kau terlalu merayu pada dia, jangan kau terlalu bersedih. Kau tahu? sebenarnya kau lupa, hati dia bukan dia yang pegang sebenarnya. Kau bangunlah, minta pada yang memegang hatinya. Siapa? Yang hidupkan dia dekat dunia ini. "Allah" Pergilah kau merayu, kau menangis depan dia, dia rindukan kau sebenarnya. Itu dia tarik apa yang kau ada, dia nak kau beralih hati dan lebih berharap pada dia. bukan pada manusia. Kau akan rasa penat, penat dengan kerenah dunia. Tapi, kau kena ingat. Jika kau letak kan dia sebagai kunci utama kehidupan kau, InsyaAllah hidup kau akan selamat.
Kau takut? Kau malu? Ish! jangan kau rasa begitu, jangan matikan hati kau dengan perasaan bodoh kau tu. Ingat! Kau masih hidupkan? Belum terlambat untuk kau pergi basahkan badan kau dengan air "WUDUK" jahil mana kau sebelum ini, pintu taubat sentiasa terbuka untuk kau. Usah kau lambatkan lagi. Melambatkan sesuatu yang baik itu bahaya. Segerakan, kau ubah untuk jadi yang lebih baik. Walaupun kau malu, tidak mengapa. Kau cuba perlahan-lahan. Ini bukan perlawanan, siapa cepat, dia menang. Tidakk! Kasihnya tuhan itu sentiasa ada. Kau akan rasa lebih tenang selepas ini. Kau boleh berjalan, hidup dengan kehidupan kau. Bukan lagi dengan hati kau yang mati! Mengharapkan kasih manusia untuk kau hidup. Jangan lupa doa "Ya Allah, janganlah kau putuskan tali persahabatan yang pernah terjalin, Kau kembalikan semula, sesungguhnya kau tempat aku meminta dan berharap" aminn amin..
Bisikan dari hati, untuk diri sendiri yang pernah lalui sebelum ini.
-Kechik-
