Orang tanya aku. Kau tidak berpunya? Aku tengok kau sempoi sahaja. Tak macam manusia lain yang mengejar cinta dan ingin dicintai. Tapi kau tidak begitu? Aku hanya lempar satu senyum sebagai tanda tiada apa yang ingin dikatakan. Kenapa? Pelik sangat ke? Hahah...
Hmm, it's enough i have my mom, my dad, siblings, and friends that always besides me. Tak ada ke orang yang kau minat? Kau suka? dan rasa ingin memilikinya? Tipu kalau aku katakan jawapannya tidak. Lumrah hidup seorang manusia yang punya hati dan perasaan, rasa cinta dan ingin dicintai. Aku pernah bercinta, tapi tidaklah aku take it serious macam orang lain. You know what? Hari-hari update pasal Bf dekat wechat, hari-hari wish night, masuk gambar, sekali-sekala itu tidak menapa. erggg -.- Kadang orang ada beranggapan aku ini memilih orangnya? Haa cakap lha apa nak cakap, sebab kau tak tahu kenapa aku macam ni. Nak tahu? Haa kejap lagi aku cerita.
Ibu, ayah? Apa tujuan aku dilahirkan dan dikurniakan seorang ibu dan ayah? Pada awalnya memang susah untuk aku bangun, bagi apa yang ibu ayah inginkan. Banyak kali aku gagal, aku bangun aku jatuh. Aku menangis, atas satu kain yang dinamakan 'Sejadah' Aku minta supaya suatu hari nanti Allah permudahkan apa yang aku inginkan. Yaa! memang dulu diri ini jahil, terlalu kejar dunia, nakal dengan kawan-kawan, tapi nakal yang berakal. Aku masih fikirkan masa depan, aku belajar tidaklah terlalu pandai, kerana sikap malas aku dulu buatkan aku tak mampu nak bagi yang lebih lebih baik untuk ibu ayah. Sekarang, alhamdulillah sikit-sikit aku kuat gagah untuk bangun, walaupun kadang-kadang ada juga lalai. Esok? Konvokesyen. Memanglah tidak begitu gempak akademi yang aku bakal peroleh, tapi itu detik pertama untuk aku melangkah lagi jauh. Aku nak lihat ibu ayah happy bersama.
Aku masih mencari, berdoa hari-hari setiap lepas solat minta Allah perkenankan niat aku. Sebagai anak perempuan sorang, aku kena bagi apa perlu aku bagi. Ibu ada nasihat 'Akak, alhamdulillah ibu tengok kau ada perubahan dalam menjaga solat, dalam pergaulan, dalam sosial. ALLAH dan makbulkan doa ibu' Dalam hati aku kata 'Maafkan akak, sebab masih belum sempurna seperti yang ibu inginkan, kadang jatuh juga, tapi bila teringat dekat ibu dan ayah hati ini manjadi kuat, terima kasih & terus doakan akak' Kenapa aku tidak meluah depan-depan? Ibu ayah aku pon tahu, aku bukan jenis yang suka bersweet depan-depan, mereka tahu hal sebenar. Aku luarannya nampak begini, tapi hati aku mudah tersentuh. Aku bersyukur dalam usia yang muda, aku dah punya kerjaya, dha merasa gaji, ada kerja. Berkat doa seorang ibu. Aku hanya mahu habiskan waktu yang masih ada untuk ibu dan ayah. 'Maafkan akak kalau selama ini i don't have much time for both of you'
Haaa.. berbalik kepada 'Kadang orang ada beranggapan aku ini memilih orangnya?' Bukan memilih, aku cari bukan atas dasar cita rasa aku, tapi aku cari atas dasar cita rasa ibu & ayah. Sebab apa? Ibu orangnya tegas, yang pentingkan beberapa aspek. Tidak lha aku cerita dekat sini apa aspek itu. Aku pernah jumpa, dua orang ciri-ciri yang ibu ayah nak, tapi hmm.. malas pulak nak terima dulu, sebab aku bukan jenis suka whatsapp hari-hari. Otp? lagi lha aku tak minat. Hahah, so aku bukan jenis yang cepat suka dan sayang pada 'Lelaki'..
Sekiann ^-^
-Kechik-