TUHAN
Ya Tuhan, yang mencipta segalanya. Yang boleh merubah semuanya. Aku, sebagai hambaMu yang banyak kurang, cepat leka, sering terbuai nafsu, ingin meminta.
Agar Kau bantu aku dan mudahkan aku, untuk jadi yang baik & kekal baik buat selamanya. Kadangnya di kala aku mahu berubah, aku rasa perubahan itu. Tapi selang berapa ketika, perubahan itu jadi seperti yang biasanya,masih lagi leka, masih lagi teruja dengan drama dunia.
Aku tahu aku pnya pelbagai dosa dan tidak layak meminta. Cumanya aku ini tetap hamba, yang mahu kembali di sisiMU dalam keadaan mulia dan dibenar menetap dirumah indah seperti yang kau janjikan buat insan yang meminta.
Aku manusia yang sentiasa mahu jadi yang lebih baik dan aku minta agar jau bantu aku dan kekalkan aku dalam keadaan yang baik-baik.
AMINNNN...
-KECHIK-