KEHILANGAN
Orang tanya, sakit apa yang palng sakit.
Pertma aku jawab sakit gigi.
Keduanya, sakit kepala sebab migrain.
Itu betul tapi sakit jenis itu, semua orang sudah lali.
Bagi aku, sakit paling terpaling bengkak, ialah kehilangan.
Melihat orang yang kau sayang dari jauh, itu sakit.
Melihat orang yang kau paling sayang tapi kau tahu dia bukan lagi milik kau.
itu paling sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tak mampu tegurnya lagi,
itu maha sakit.
Melupakan segala kenangan manis bersama itu bukan mudah.
Kerana hati itu jenisnya mengingat.
Sekali manusia usik hati kau dan buat dia tersenyum,
dia akan ingat mungkin buat selamanya.
Kerana itu agama suruh jaga hati.
Kerana semuanya bermula dari hati.
Jujurnya,
bukan mudah tahan tangan untuk capai telefon dan tanya khabar seperti biasa.
Bukan mudah, tahan fikiran kau ingat manusia yang buat kau
sering tersenyum.
Bukan mudah, tahan tangan kau untuk capai mouse lihat perkembangan dia.
Bukan mudah.
Tipulah kalau kau tak rindu.
Tipulah.
Hati kau bukan besi.
Kau mana boleh tipu hati kau.
Bila mana kau nak tipu, hati kau dah tahu.
Menyedihkan sungguh.
Dari manusia yang pernah rasa kehilangan.
-KECHIK-