Ung kit 

Semalam kita bercakaran.
Kau kata kau lebih banyak korban.
Aku kata, tak sedar diri punya manusia,
aku lagi banyak korbannya untuk kau.

Lalu kita yang mentah ini bergaduh.
Hingga langsung tidak mahu bertegur.
Mungkin keduanya ego.
Mungkin juga keduanya tidak tahu berfikir secara betul.

Jika mahu diungkit segala pengorbanan,
tidak tercerita hingga kiamat.
Apa yang kau korbankan, atau dia korbankan,
biarlah itu dijadi kenangan,
Bukan untuk berlumba mana yang lebih,
Bukan juga untuk cerita mana yang kurang,
Tapi untuk dibuat ingatan,
agar kau sentiasa beringat,
ada manusia luar sudi berdiri di sisi,
walaupun kau ini kurangnya berlambak di sana sini.

Ingat tu!!

-KECHIK-